Khamis, 30 Oktober 2014

Sakit Lutut : Gangguan Jin Iaitu Hanya Sakit Sendi Biasa Yang Memerlukan Perawatan Di Hospital?

Ada beberapa cara nak pastikan...

1. Minta 'scan' dengan perawat atau ke hospital.

2. Punca atau sebab sakit tidak dapat dikesan...atau mungkin doktor katakan
    anda tidak ada sebarang masalah.

3. Kalau ada ubatnya pula, kurang atau tidak berkesan atau sembuh sekejap
    kemudian sakit semula.

    ...tanda-tanda lain...

4. Mungkin sakit itu datang dan hilang (tapi tidak semestinya).

5. Biasanya ia dirasa panas.

6. Rasa berbisa...(namanya pun saja angin bisa...)

7. Air bertindakbalas dengan meminum air doa...atau minyak doa...samada
    bertambah sakit atau kurang.

8. Baca ayat Kursi pada tapak tangan kanan, tiup perlahan dan dekatkan
    tapak tangan tadi ke atas kulit lutut. Kalau kulit rasa panas menunjukkan ada angin bisa jin.

9. Baca Fatihah 1x...dan 3 Qul pada kedua tapak tangan tiup perlahan dan   sapu lutut tadi. Kalau ada apa juga tindakbalas maka ada angin bisa jin.

     Amalan ini boleh dibuat sekurang-kurangnya pagi petang untuk merawat sekiranya ia gangguan disamping guna air doa atau minyak doa dan sebagainya.

    Kalau ada tanda gangguan, sebaiknya minta rawat pada perawat yang di yakini. Pantangkan sementara makan telur ayam, daging binatang 4 kaki, pisang dan perhatikan jika ada sebarang jenis makanan lain yang member kesan tambahnya kesakitan tersebut. Telur daging dan pisang itu boleh menguatkan jin yang tinggal dan menumpang makan dalam badan. Ada kesnya...sakit bertambah atau berulang setelah memakannya.


    Kacang tanah pada sesengah pendapat kurang sesuai untuk penyakit sendi termasuk lutut kerana boleh menyebabkan lebih banyak air berkumpul padanya.

Wallohu a'lam

CREDIT TO : rahsia kenapa anda nampak jin..?junied Imantheraphy (IT)


!!!...UNTUK DI JUAL…!!!
!!!...FOR SALE….!!!

1.   BENGKUNG ZIG ZAG ( RM40 )





Selesa dan mudah untuk digunakan ketika ibu berpantang…
Kain belacu yang tebal dan bermutu…


2.   BESEN MANDI BABY ( RM30 )



Besen mandi baby brand SWEET CHERRY…telah guna selama 4 bulan…


Selasa, 28 Oktober 2014

PANDUAN MENJADI IBU SUSUAN


     Penyusuan anak angkat bukan sesuatu yang mudah. Biarpun begitu ia bukanlah mustahil. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. INTAN JASTINA JAMALUDDIN mengulas lanjut.
     Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukan semata-mata bertujuan menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkatnya. Ia lebih bertujuan memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap paling baik berbanding susu formula! Itulah yang dinyatakan oleh Dr. Jack Newman di dalam bukunya, The Ultimate Breastfeeding Book of Answers. Menurut beliau, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Sebaliknya, ia adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu daripada ibu susuan.
     Langkah pertama yang perlu anda dan suami lakukan ialah menjalani proses kaunseling penyusuan sebelum mengambil anak angkat. Tujuan kaunseling ini adalah untuk menyediakan anda berdua daripada segi mental dan fizikal sebelum menerima tanggung jawab besar memelihara anak angkat. Persediaan mental amat penting kerana proses penyusuan yang bakal dilalui bukanlah sesuatu yang biasa tetapi memerlukan proses adaptasi.
     Setelah bersedia daripada segi mental, seterusnya anda berdua perlu melakukan persediaan fizikal termasuk memulakan rangsangan dengan kaedah yang betul. Anda juga perlu menyediakan peruntukan kewangan yang cukup bagi menyara kehidupan bayi termasuklah perbelanjaan rawatan penghasilan susu.
     Selanjutnya, bagi anda yang sudah bersedia mencetuskan susu ibu, adalah lebih baik melakukannya seawal yang boleh. Disarankan untuk mula melakukannya seawal 6 bulan sebaik sahaja keinginan anda untuk mengambil anak angkat dimuktamadkan. Walau bagaimanapun, jika kesuntukan masa, anda masih boleh melakukannya asalkan mempunyai keazaman yang tinggi untuk terus berusaha menghasilkan susu untuk diberi kepada anak angkat yang bakal diterima.
     Persediaan dalam masa 6 bulan

1. 6 bulan sebelum jangkaan menerima bayi angkat, makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari bersama 10 mg Domperidone, 4 kali sehari selama 1 minggu. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini bertujuan merencatkan penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.

2. Selepas seminggu, tingkatkan dos Domperidone kepada 20 mg 4 kali sehari. Payu dara akan mengalami sedikit perubahan saiz namun hal ini adalah normal.


3. Teruskan kekalkan dos yang sama sehingga 6 minggu sebelum tarikh jangkaan menerima kehadiran bayi.


4. 6 minggu sebelum mahu mengambil bayi, hentikan pengambilan pil perancang tetapi teruskan dos 20 mg Domperidone 4 kali sehari. Menghentikan pil perancang pada peringkat ini akan mengurangkan aras progesteron dan meningkatkan penghasilan prolaktin sebagai persediaan mencetuskan susu ibu.


5. 2 minggu selanjutnya, anda boleh mula mengepam setiap 3 jam. Sebaik-baiknya gunakan pam elektrik berganda. Apabila mula mengepam, anda boleh mengamalkan memakan makanan penggalak susu ibu seperti halba dan oat. Anda juga perlu minum banyak air tetapi kurangkan pengambilan minuman berkafein. Hal ini kerana kafein boleh mengurangkan kandungan air dalam tubuh.


6. Pada peringkat ini susu ibu sepatutnya sudah hadir tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan warnanya putih jernih. Selepas beberapa hari atau minggu, susu sebenar akan terhasil.


Persediaan kurang daripada 6 bulan

1. Makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari selama 30 hingga 60 hari bersama 20 mg Domperidone 4 kali sehari. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini adalah bertujuan merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.

2. Selepas 30 hari, jika berlaku perubahan pada payu dara (saiz bertambah, tegang dan penuh) hentikan pengambilan pil perancang tetapi kekalkan dos Domperidone 20 mg 4 kali sehari.


3. Seterusnya anda boleh mula mengepam. Gunakan pam elektrik berganda. Makan makanan penggalak susu ibu seperti halba, oat dan minum banyak air.



INFO
Syarat Menjadi Ibu Susuan Mengikut Lunas Islam
1. Wanita yang menyusukan. Disyaratkan wanita tersebut telah mencapai usia sembilan tahun.

2. Anak yang disusukan. Disyaratkan umur anak angkat tidak melebihi dua tahun.


3. Susu ibu. Disyaratkan susu ibu yang diberi kepada bayi membantu pertumbuhannya.
     Had penyusuan perlulah tidak kurang daripada 5 kali (dalam waktu berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan). Maksud penyusuan mengikut kebiasaan ialah anda menyusukan anak angkat sehingga kenyang. Proses sedemikian dikira sebagai 1 kali susuan.
     Jika proses penyusuan itu diselangi dengan keadaan tertentu yang tidak lama seperti anak berhenti menyusu kerana bernafas, keletihan, termengah-mengah atau tersedak dan kemudian kembali menyusu, maka penyusuan itu masih dikira sebagai 1 kali susuan. Sama juga halnya apabila anak itu dipindahkan daripada payu dara kanan ke sebelah kiri.
Sumber: Panduan Jadi Ibu Susuan. Majalah Pa&Ma.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HAND WITH LOVE

 




credit kpd website n blogger yg sy copy item sprt di atas....

Jumaat, 24 Oktober 2014

GIRL ON FIRE






She's just a girl and she's on fire
Hotter than a fantasy, lonely like a highway
She's living in a world and it's on fire
Filled with catastrophe, but she knows she can fly away

Ohhhh oh oh oh oh
She got both feet on the ground
And she's burning it down
Ohhhh oh oh oh oh
She got her head in the clouds
And she's not backing down

This girl is on fire...
This girl is on fire...
She's walking on fire...
This girl is on fire...

Looks like a girl, but she's a flame
So bright, she can burn your eyes
Better look the other way
You can try but you'll never forget her name
She's on top of the world
Hottest of the hottest girls say

Ohhhh oh oh oh
We got our feet on the ground
And we're burning it down
Ohhhh oh oh oh oh
Got our head in the clouds
And we're not coming down

This girl is on fire...
This girl is on fire...
She's walking on fire...
This girl is on fire...

Everybody stares, as she goes by
'Cause they can see the flame that's in her eyes
Watch her when she's lighting up the night
Nobody knows that she's a lonely girl
And it's a lonely world
But she gon' let it burn, baby, burn, baby

This girl is on fire...
This girl is on fire...
She's walking on fire...
This girl is on fire...

Oh, oh, oh, oh ohhhhh oh oh oh ohhh oh oh oh ohhhh... [4x]

She's just a girl and she's on fire

Khamis, 23 Oktober 2014

RAWATAN BENGKAK SUSU


            Apabila gigi bayi sudah mula tumbuh, si kecil ini sudah pandai mengigit puting payudara ibunya ketika menyusu. Kesannya, ramai ibu yang ‘seram’ menghadapi situasi ini sehingga ada yang membuat keputusan menghentikan penyusuan gara-gara tidak tahan sakit digigit bayi. Bagi mengelak situasi ini, ikuti beberapa panduan di bawah.
Salah satu kaedah rawatan yang terbaik untuk membantu mencegah kesakitan sewaktu menyusukan bayi. Menghisap dengan teknik yang salah adalah penyebab utama timbulnya rasa sakit pada payudara.
Teknik Menghisap Yang Tepat
1. Mulut bayi perlu merangkumi sebahagian besar kawasan aerola payudara
2. Jangan biarkan si manja anda menghisap pada bahagian hujung payudara.
3. Cuit bahagian bibir bawah si manja dan dagunya agar dia geli kerana cara ini boleh membantu mulutnya terbuka lebih luas dan boleh menghisap susu badan dengan lebih baik.
4. Bertukar-tukar posisi penyusuan juga boleh mendorong si manja menghisap susu dengan lebih baik.
5. Rangkul seluruh badan si manja ketika menyusukannya atau berbaring secara mengiring. Cara ini lebih selesa untuk ibu dan bayi.


    

Uncang Teh
Menurut pakar laktasi bertauliah, Kelly Bonyata di dalam laman webnya, dengan meletakkan uncang teh yang basah dan hangat pada payudara boleh mengurangkan rasa sakit yang dialami sejurus memberi susu badan kepada si manja. Kehangatan teh tersebut sangat membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami.






Mengepam Susu Badan
Jika si ibu terlebih dahulu mengepam susu badannya sebelum memberi si manja menghisap secara langsung, ia boleh membantu meningkatkan aliran susu ibu. Dengan cara ini si manja boleh menghisap dengan lebih mudah. Kaedah ini sangat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada payudara si ibu.

Tuam
Tuam bahagian payudara dengan menggunakan kain atau pad hangat juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit.


Tip Elak Bengkak Susu
• Pemilihan coli penyusuan juga sangat penting. Ini bagi memastikan si ibu berada dalam keadaan selesa di samping membantu menyokong payudara anda.
• Susukan bayi anda dengan kerap dan mengikut jadual yang sama setiap hari. Jika anda berada di pejabat, memadailah dengan mengepamnya mengikut jadual.
• Bayi anda perlu menghisap susu dengan kaedah yang betul.
• Semasa si manja sedang menyusu si ibu boleh mengurut buah dadanya perlahan-lahan bagi melancarkan aliran susu ibu.
• Jika kesakitan yang dialami agak kuat, si ibu disarankan untuk mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.


Rawatan Alternatif
Hari ini terdapat pelbagai jenis produk yang boleh membantu anda dalam menangani masalah ini. Produk alternatif ini nyata mudah digunakan dan boleh diaplikasikan pada bila-bila masa. Antara pad gel yang boleh anda cuba ialah :



intai buget 
1. Therapy Gel Pads
Produk pelbagai guna ini boleh digunakan untuk melegakan masalah saluran susu tersumbat, mastitis dan mengurangkan pembengkakan payudara.
Produk ini boleh digunakan sebagai terapi sejuk atau panas, sangat lembut dan fleksibel demi memberi keselesaan kepada si pemakai. Diperbuat daripada material yang selamat dan diluluskan oleh FDA.

2. Jingle Jungle Reusable WarmHangatkan pad terlebih dahulu dan letakkan pada payudara sebelum menyusukan bayi. Ia membantu melancarkan aliran susu. Jika anda mengalami pembengkakan atau rasa tidak selesa, sejukkan pad gel ini terlebih dahulu dan letakkan pada payudara di antara waktu penyusuan.

  
3. Feme Pad Natural Pain
Produk ini membantu untuk mengurangkan pembengkakan atau rasa tidak selesa selepas melahirkan. Pad ini sangat lembut digunakan walaupun selepas dibekukan dan ia mengikut bentuk tubuh si pemakai. Bagaimanapun, pad ini hanya sesuai untuk kegunaan suhu sejuk sahaja dan tidak sesuai untuk dipanaskan.


Sumber: http://pama.karangkraf.com/famili/rawat-bengkak-susu-1.55672
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUSU IBU ADALAH SEBATIAN AJAIB BUAT SI COMEL









========================================================
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.
Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.
Memantapkan Sistem Imunisasi
Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria “bermanfaat” yang dipanggil sebagai “flora normal” sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.
Kaya Dengan Nutrisi
Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.
Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.
Omega-3
Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia, ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol, United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit jantung.
Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.
Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.
Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung. Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan yang rendah dengan kehadiran hormon ini.
Tambahan pula, mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit jantung koronari.
Fakta tentang “Makanan Tersegar”
Fakta-fakta tentang air susu ibu tidak tamat di sini. Sumbangannya terhadap kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat tertentu. Unsur gula dan lemak dalam air susu ibu, yang sentiasa tersedia dan pada suhu yang sesuai, memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Tambahan pula, elemen lain seperti kalsium turut memberi sumbangan dalam perkembangan tulang-tulang bayi.
Meskipun dinamakan susu, namun sebahagian besar sebatian ajaib ini sebenarnya terdiri daripada air. Ini merupakan ciri terpenting kerana selain daripada makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Kebersihan sepenuhnya tidak mungkin didapati dalam air atau bahan makanan selain daripada air susu ibu. Namun air susu ibu yang merangkumi 90% air dan tidak kurang, memenuhi keperluan air bayi dalam cara yang paling bersih dan sihat.
Susu Ibu dan Kecerdasan
Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain. Satu analisis perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi susu formula oleh James W. Anderson—seorang pakar dari Universiti Kentucky—mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi kecerdasan minda.
Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?
Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser. Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.
Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden, ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini. Pasukan tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.
Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah.
Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk pelbagai jenis kanser yang lain.
Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac (alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa dalam air susu ibu.
Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah
Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.
Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat: 
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; …” (Surah Al-Baqarah, ayat 233)
Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.

Sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/sains-a-islam/3932-susu-ibu-sebatian-ajaib.html

WASIAT ISTERI 'AUF BIN MUHLIM ASHAIBANI BUAT PUTERINYA

   
WAHAI PEMBACA BLOGKU...

MARILAH KITA SAMA-SAMA RENUNGKAN DAN SELAMI AKAN WASIAT INI.


 "PELIHARALAH SEPULUH SIFAT INI TERHADAP SUAMIMU, TENTU IA AKAN MENJADI PERBENDAHARAAN YANG BAIK UNTUKMU...

          * BERKHIDMAT DENGAN RASA PUAS

          * TAAT DENGAN BAIK 

          * MEMERHATIKAN TEMPAT PANDANGAN MATANYA, 
             JANGAN SAMPAI MATANYA MEMANDANG YANG BURUK DARIPADAMU

          * PERHATIKAN BAU YANG DICIUMNYA,
             JANGAN SAMPAI DIA MENCIUM KECUALI YANG HARUM DARIPADAMU

          * MEMERHATIKAN WAKTU TIDURNYA,
             TIDUR YANG TERGANGGU AKAN MENGUNDANG AMARAH

          * JAGA MAKAN DAN MINUMNYA,
             LAPAR YANG BERLARUTAN BOLEH MENIMBULKAN RASA MARAH

          * MENJAGA HARTANYA,
             PERKARA POKOK DALAM MASALAH HARTA ADALAH MEMBUAT ANGGARAN

          * PELIHARA KEHORMATAN SERTA KELUARGANYA,
             PERKARA POKOK DALAM KELUARGA ADALAH PENGURUSAN YANG BAIK

          * JANGAN MEMBANGKANG PERINTAHNYA, 
             APABILA KAMU TIDAK MENTAATI PERINTAHNYA BERERTI 
             KAMU MELUKAI HATINYA

         * JANGAN SESEKALI MEMBUKA RAHSIANYA, 
           APABILA KAMU MEMBUKA RAHSIANYA KAMU TIDAK AKAN 
           AMAN DARIPADA PENGKHIANATANNYA

      KEMUDIAN JANGANLAH KAMU BERGEMBIRA DI HADAPANNYA KETIKA DIA BERSEDIH ATAU BERSEDIH DI HADAPANNYA KETIKA DIA BERGEMBIRA. JADILAH KAMU ORANG YANG SANGAT MENGHORMATINYA, TENTU DIA AKAN SANGAT MEMULIKANMU. JADILAH KAMU ORANG YANG SELALU SEPAKAT DENGANNYA, TENTU DIA AKAN SANGAT BELAS KASIHAN DAN SAYANG KEPADAMU.

       KETAHUILAH, SESUNGGUHNYAKAMU TIDAK AKAN DAPAT APA YANG KAMU INGINKAN SEHINGGA KAMU MENDAHULUKAN KEREDHAANNYA DARIPA KEREDHAANMU, DAN DAHULUKAN KESENANGANNYA DARIPADA KESENGANMU, BAIK DALAM HAL YANG KAMU SUKAI ATAU YANG KAMU BENCI DAN ALLAH AKAN MEMBERKATIMU..."


Ahad, 19 Oktober 2014

ANDAI KITA DILUKAI...TURUTKAN HATI @ MAAFKAN SAJA?

Apa benar kata orang hati kalau dah terluka, bumbung rumah pun tak mau tengok? Dengar nama dia pun tak nak dah.Kalau kucing dia lintas depan kita pun silap-silap hari bulan kita baling ngan selipar. Ish-ish...kesian kucing tu. Tak pasal dia pula yang kene. Haha..mungkin iya kot. Persoalannya..mengapa sampai hati kita tu boleh terluka dan kenapa sampai boleh terguris? Memang payah dan sukar untuk kita memaafkan tambahan lagi apa yang terjadi itu merupakan sesuatu yang berat dan amat menyakitkan hingga tidak mampu untuk diterima akan kejadian itu. 

  Betapa geram,menyampah,sakit hati ni sampai wujud rasa benci pada si polan yang menyakitkan hati kita ni. Harus kita ingat ya...bila kita merelakan rasa benci itu wujud dalam hati kita maka akan dipulangkan berkali ganda benci orang lain pada kita. Mungkin dalam masa yang sama atau kemudian hari. Peliharalah hati kita daripada menyimpan rasa benci,dendam,iri hati,riak dan yang seumpama dengannya kerana ianya hanya akan merosakkan hati kita dan membuatkan hidup kita tidak tenang. Bahkan apa saja yang kita lakukan tidak akan menjadi mahupun tidak akan mendatangkan kepuasan. Pendekkan kata hidup kita, kerohanian kita akan menjadi pincang. Sesungguhnya memaafkan itu adalah lebih baik dan akan memberikan kita ketenangan dalam mencari keredhaan Allah S.W.T.

  Dengan memberi kemaafan tidak bermakna kita kecil dari yang dimaafkan. Ianya hanya akan mengundang lebih banyak kegembiraan dan secara tidak langsung kesihatan kita juga tidak akan terjejas memandangkan hati kita terpelihara dalam keadaan baik maka hidup akan lebih sejahtera...
Diakui bukan mudah untuk memaafkan namun ianya akan jadi lebih sukar andai kita tidak langsung mencuba.

Sabda Rasulullah S.A.W :
  Siapa yang memberi kemaafan (keatas kesalahan orang), padahal ia mampu           bertindak balas (diatas perbuatan tersebut) Allah akan memaafkannya di hari yang susah (Hari Kiamat).
(Riwayat Thobroni.)
Al-Imran (134)
  .....dan orang-orang yang memaafkan kesalan orang Allah akan memaafkannya dan diberikan syurga.
Al-Imran (136)
   Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal.

100 Hari Sebelum Ajal

   Ya...mati itu pasti datang menjemput yang hidup..takkan tercepat,takkan terlewat walau sesaat.Itu janji Allah S.W.T pada hamba-Nya. Kita harus terima hakikat bahawa semua orang yang kita sayangi, kasihi, cintai mahupun kita benci juga akan dijemput menghadap Ilahi pabila sampai waktunya yang mana memang sudah tertulis sedari azalinya lagi.

   Innalillahiwainnailaihirojiun...Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Hidup sehari-hari harusnya kita bersedia dengan amal jariah dan amalan-amalan serta ibadah yang diwajibkan keatas kita sebagai hamba Allah S.W.T sebagai bekalan kala ajal datang menjemput. Bukan menyibukkan diri dengan mengerah keringat semata-mata sebagai bekalan di hari tua sahaja. Sinisnya, belum tentu kita sempat menjadi tua kerana mati itu tidak kira tua mahu pun muda. Sesungguhnya perkara MATI itu sangat misteri. Namun 100 hari sebelum ajal itu tiba kita tanpa sedar mahu pun sebaliknya akan didatangi tanda-tanda agar kita berpeluang memanfaatkan masa yang ada itu untuk membuat persiapan akhir bagi segala urusan yang akan ditinggalkan mahupun dibawa ketika mati kelak.

* 100 HARI *

   Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

* 40 HARI *

   Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

* 7 HARI * 

   Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 
 
* 3 HARI *

   Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

* 1 HARI *  

   Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

* TANDA AKHIR *

   Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Wallahua’lam..