Pengenalan
Fraktur berlaku
apabila sesuatu tulang mengalami keretakan atau kepatahan. Ia akan berlaku jika
sesuatu tulang itu tidak dapat menahan beban atau tekanan yang dihadapinya
Jenis-jenis
patah
Ada beberapa jenis
fraktur yang biasa ditemui:
·
Fraktur tertutup - frakur yang
berlaku di mana tiada luka ataupun tulang yang patah itu tidak terdedah kepada
udara luar
·
Fraktur terbuka - kepatahan
tulang yang mempunyai luka dan terdedah kepada udara luar
·
Fraktur penuh - kepatahan tulang
yang berlaku dimana tulang itu patah kepada dua atau lebih serpihan
·
Fraktur tidak penuh - keretakan
yang berlaku kepada tulang tersebut
·
Fraktur stres - fraktur yang
berlaku disebabkan oleh pergerakan yang berulang di mana tulang itu tidak dapat
menahan bebanan tersebut ( seperti berlari atau kawat ) . Tulang akan mengalami
keretakan yang amat halus di mana tidak dapat ditunjukkan oleh sinar x pada
peringkat awal
Sebab
Sebab- sebab biasa
fraktur ;
·
jatuh dari tempat tinggi
·
kemalangan jalan raya
·
penderaan kanak-kanak
·
aktiviti berulang( berlari atau kawat
)
Gejala
dan tanda
·
kebengkakan dan sakit pada anggota
yang terlibat
·
hilang fungsi anggota
·
lebam pada kawasan yang cedera
·
kecacatan pada anggota terlibat
·
kebas
·
kepatahan yang mempunyai luka dan
tulang yang terdedah kepada udara
Diagnosa
Tulang yang patah
boleh didiagnosa dengan mengambil sejarah pesakit yang teliti dan pemeriksaan
fizikal yang menyeluruh. Fraktur boleh disahkan dengan mengambil gambar sinar
x. Pemeriksaan radiologi yang khas seperti 'magnetic resonance imaging' atau
'CT scan' mungkin diperlukan untuk mendiagnosa kepatahan tulang di tempat
tertentu seperti di tulang belakang atau sendi tulang pinggul
Rawatan
Rawatan fraktur
tulang bergantung kepada jenis dan lokasi tulang tersebut. Rawatan awal fraktur
adalah immobilisasi . Menggantung anggota yang patah boleh mengurangkan
kesakitan dan kebengkakkan.
Rawatan juga boleh
dibahagikan kepada rawatan konservatif ataupun secara pembedahan. Rawatan
konservatif termasuk penarikkan tulang ke posisi normal dan menggunakan simen
untuk memegang fraktur tersebut.
Pembedahan akan
dilakukan pada jenis-jenis fraktur tersebut:
·
serpihan tulang yang yang tidak boleh
disambung dengan sempurna
·
fraktur yang melibatkan sendi
·
fraktur yang mempunyai luka
Pembedahan akan
dilakukan di dalam dewan bedah dan pelbagai alat akan digunakan untuk memegang
tulang kembali ke posisi normal. Ini termasuk wayar, besi seperti skru atau
paku. Pakar bedah perlu membersihkan kawasan fraktur sebelum menggunakan
alat-alat tersebut. Ini dapat mengurangkan risiko jangkitan daripada luka yang
terbuka.
Komplikasi
rawatan
Di dalam rawatan
konservatif, tulang mungkin pulih ke posisi yang kurang normal disebabkan oleh
sifat - sifat fraktur tersebut. Di dalam rawatan yang melibatkan
pembedahan, ia mempunyai komplikasi umum pembedahan seperti kecederaan kepada
urat saraf, jangkitan kuman atau komplikasi dari anesthesia.
Terdapat beberapa
komplikasi spesifik kepada fraktur :
·
'delay union' - waktu untuk
pulih mengambil masa yang lama
·
'non union' - fraktur tidak
pulih pada waktu yang ditetapkan
·
'mal union' - faraktur pulih tetapi
tidak kembali ke posisi asal
Pakar bedah
ortopedik akan berbincang dengan pesakit tentang rawatan dan komplikasi yang
mungkin akan timbul akibat fraktur.
Rehabilitasi
Fisioterapi dan
rehabilitasi adalah kaedah penting didalam rawatan fraktur. Ia mengekalkan
fungsi otot dan tulang yang terlibat semasa proses pemulihan.
*** Artikel rujukan dari :
PORTAL RASMI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA